Orang yang telah mendapat pengetahuan ini iaitu pengetahuan bahawa "ada sesuatu disebalik yang ada", inilah orang yang telah mendapat barang yang payah orang mencarinya di dunia ini, iaitu "KETENTERAMAN JIWA", "KEMURAHAN HATI", sebab kepercayaan itu telah dapat mengisi yang kosong dalam ruangan jiwanya. Lebih tenteran mengisi jiwa yang kosong dengan IMAN, daripada mengisi ruang yang kosong dengan MAKSIAT.
Dan orang yang tidak mahu percaya adanya rahsia itu, selalulah merasakan dirinya dalam kekosongan, kekosongan itu tidak dapat diisi, walau oleh ilmu pengetahuan sekalipun. Mereka sentiasa mengeluh tentang nilai hidup dan nilai budi.
Kekosongan inilah akibat daripada bertuhankan benda, menyombongkan ilmu, dan membanggakan status dan pengetahuan tentang duniawi. Oleh itu, untuk berasa dan mendapat KETENANGAN JIWA, cintailah sang Maha Pencipta, iaitu Allah S.W.T. kerana Dialah yang menciptakan manusia untuk dijadikan KHALIFAH dibumi ini...
"BIARKANLAH SEGALA SESUATU MENGALIR SEIRAMA TAQDIR. JGN SESEKALI KAU TIDUR KECUALI TETAP BERWASPADA. BANGKITLAH WAHAI SAHABATKU! SAAT KAU KERDIPKAN MATAMU KAU AKAN TERSENYUM, TERNYATA ALLAH TELAH MERUBAH KEADAAN"
Kita tidak boleh leka dengan segala sesuatu yang terjadi di dunia ini dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang ALLAH ingin kita amati...Tersenyumlah wakai sahabatku selagi kita berpegang pada doa kepada ALLAH kerana ALLAH pasti disamping hamba yang dekat kepadaNya...
Harap pembaca mendapat pentunjuk untuk mendapatkan ketenangan jiwa dengan mendekatkan diri kepada Allah...Ameen :)
No comments:
Post a Comment