Ramai yang diantara kita akan kata, CInta itu Fitrah..dan Cinta itu Lumrah.. sesungguhnya Cinta itu luas dengan pentafsiran yang pelbagai.. Namun apakah yang kita akan lakukan selepas 'tiada jodoh antara kita'?
Pepatah "untuk jatuh cinta dengan seseorang kita hanya memerlukan beberapa saat, tapi untuk melupakan seseorang yang kita cinta bertahun tak pasti"..
Jodoh, ajal, pertemuan dan rezeki itu ciptaaNya.. kita sebagai hamba hanya menuruti dan mengikut apa yang telah ditetapkan...
putus cinta adalah sesuatu yg menyakitkan. siapa yang tak sakit jika seseorang yang kita sayang, kita kasihi tiada lagi bersama kita... namun harus kita beringat, sebelum mencintai seseorang apakah niat kita.. apakah yang harus kita cintai terlebih dahulu...?
putus cinta ibarat layang-layang terputus talinya... tapi ibarat itu sy kurang senang kerana apabila layang-layang terputus tali, layang-layang itu masih boleh berterbangan di awangan dan masih bebas untuk berlayar... walaupun tali itu sebagai guide untuk layang-layang itu terbang, tapi cuba kita sama-sama fikir balik, kalau tiada pemainnya, mampukah tali itu akan berterbangan?? Pemain layang-layang itu adalah watak utama dalam sebuah percintaan. Subjeknya sy terangkan lagi... Tali layang-layang adalah ikatan percintaan.. Layang-layang pula adalah seorang lelaki,, angin pula seorang perempuan... dan Pemain layang-layang itu adalah Allah.. ini analogi ye.. jgn salah anggap..! Apabila layang-layang (lelaki) itu ingin berterbangan, pasti memerlukan angin (perempuan) dan untuk menjadi layang-layang itu berterbangan di angin dengan penuh megah, tali (ikatan) diperlukan. Namun, jangan kita lupa, yang akan mengawal tali (ikatan) itu adalah siapa? Ya.. Pemain layang-layang... Penerbangan layang-layang akan dikawal dan dipandu oleh pemain juga angin memainkan peranannya.. namun kebijaksanaan Pemain amat diperlukan dalam mengawal angin dan arah layang-layang... jika tali (ikatan) terputus, pasti layang-layang (lelaki) berterbangan bebas... namun, penerbangan layang-layang (lelaki) pasti memerlukan angin, kan?? cumanya, pemain tak boleh mengawal setelah tali terputus.. TAPI pemain masih lagi boleh mencari layang-layang untuk mengawalnya semula! tetapi Angin dan Layang-layang tak berpisah.... angin akan membawa ke mana saja layang-layang pergi....
Jadi, dalam percintaan, lelaki dan perempuan tak boleh dipisahkan namun jangan dilupa kita harus mencintai pemain layang-layang untuk terus meneroka percintaan itu...
Jangan pernah kecewa dengan putus cinta kerana percayalah layang-layang yang putus pasti akan bertemu dengan angin juga...! percayalah... bercinta bukan bererti memiliki tapi bercinta itu adalah anugerah...!
No comments:
Post a Comment