Wednesday, November 30, 2011

BiLa Dia BuKaN uTKKu

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.
Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.
Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Saturday, November 19, 2011

CuTi SeM BeRMuLa LaGi

18/11/2011 
MeRDeKA !!!!
DaH HaBiS eXaM...
YeHaaaa!!!!
BaHaGiaNYeeeeee....
19/11/2011
CuTi SeM DaH BeRMuLa...
BOSAN!!!
LePaS Ni MeStI AKu AkAn BoSaN Je...
Nk G BerCuTi MaK x Bagi...
KaTaNya HaBiSKaN LeSeN KeTa DuLu...
AkU DaH MaLAs La Nk AmBiK LeSeN Nie...
HaRi 1sT CuTi...
BgUn PaGi KeMas UmaH,BsuH BaJu,MaSak...
WaKTu PeTaNG...
MELEPAK La JwaB Ye...
MeLePaK NgN ADiK & MaK SeDaRa aKu ...
DePa PuN CuTi SeM...
PeTanG PerTaMa !!!
KiToRaNg LePaK D SeKiTar GuNuNG KeRiaNg....



aKu DaN Mak SeDaRaKu


MaK SeDaRa & AdiK aKU


MeNGeNaNg NaSiB 
"Apa NaK BuaT CuTi SeM Ni??"


"eh!!....TgOk 2..."



Friday, November 18, 2011

Cintaku Padamu UTUH TAK TERSENTUH

 
Ku mencintamu utuh tak tersentuh….
Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh, maka akan ku jawab, bagiku sama saja kau menanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsia-Nya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya, dan tersimpan dengan indah dalam tiap lembar daun di Lauhul Mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar? Tidak, aku tak sudi.. Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan pernah menyerahkan dengan murah kehormatanmu untuk hal yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya? Fahamkah maksudku?
Ku tanya padamu, pernahkah kau jatuh cinta? Ku akui, akupun juga… Tapi tak pantas bagi kita terleka dengan rasa itu.. Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkan, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu, membuatmu menangis kerana rindu, ternyata bukan atau mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu, atau bukan kau yang dia pilih? Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, apa masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang seutuhnya jika ternyata dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah? Tak cemburukah? Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu, namun ternyata kau yang akan meminangnya.
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu, ternyata dia tengah membandingkanmu dengan lelaki lain dalam hatinya? Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawabnya ‘ya’
Maka, itu juga yang wanita rasakan.. Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahwa yang akan berlaku tetaplah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejalan dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau dirimu bazirkan perasaan, wang ringgit dan masamu? Kerana apa kau habiskan airmatamu?…. Untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu. Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu. Tapi ketahuilah, karena kau memilihku, kau ku cinta…setulus hati, sepenuh jiwa raga isteriku.
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses? Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan, dalam ikatan pernikahan dalam mahar cintaNYA.
Dan tak akan pernah ada ragu ku katakan kuserahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH, padamu.. Hanya padamu.. Ya, hanya padamu dan untukmu duhai cintaku….
Untuk dirimu bakal suamiku yang kini aku sendiri tidak tahu siapa…Kita merancang, Tuhan tentukan. Dalam diam, mengadu hanya pada Tuhan..Akan abang simpan perasaan ini hanya untuk dirimu sayang..
Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..

Ya ALLAH,
hanya kau yang tahu apa yang aku rasa saat ini..
Aku tidak jemu berdoa kepadamu meminta petunjuk..
Andai rasa kasih ini dapat menenangkan jiwa kau berkatilah ia,
Andai rasa rindu ini yg kau kehendaki,
kau teruskanlah titip rasa rindu itu dalam hati ini,
akan setia menunggu andai itu yang tertulis.

Thursday, November 3, 2011

:: cinta bukan hanya sekadar pada ucapan 'i love u' semata ::

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'.. 'i love you'..!

ehem!


macam tu ke LOVE? macam itu ke CINTA?
pada ucapan 'i love you'?


tak cukup la awak awak awak..


setiap perkataan itu sepatutnya terzahir melalui perbuatan..
betul?


*dush~ #KetukKepalaSendiri


apa la yang saya dah buat ni?


selalu je cakap 'i love you'..
selalu sangat cakap 'i sayang you..'
'i miss you..'
'i rindu you..'
'i heart you..'
dll lah~
*banyak benor~






tapi mana buktinya kata-kata ni?


takkan dengan kata-kata je?


tak kekal!


kata nak bercinta sampai syurga.. SYURGA tu..~


kalau cinta terpalit noda.. berpegang tangan.. bersulam pergaulan tak berbatas.. membelai rasa terlarang dengan sms cinta, leka dalam chat cinta dan sebagainya.. lalai terus dari mengingati ALLAH yang menciptakan cinta.. hmm.. macam arah tujunya dah terpesong ke arah nerakanya.. nauzubillah~


tak mahu lah~
MUNGKIN akan terasa bahagia di dunia ni.. tapi dunia ni sementara, tak akan nak tersiksa selamanya di akhirat yang tiada penghujungnya tu?
nauzubillah~ saya takmo (a_a)





jadi..


zahirkanlah perkataan 'i love you' itu dengan perbuatan..


yang membawa dirimu dan juga dirinya; diriku dan juga dirimu ke syurganya.. insyaAllah..


bagaimana?
jahuilah dari kelalaian cinta sebelum akad.. kerana itu adalah lubang-lubang ke nerakanya..


nak yang betul-betul cinta?


formulanya mudah sahaja :)


berusahalah untuk MENJADI yang soleh/solehah + MENDOAKAN supaya bertemu dengan yang juga soleh/solehah + BINALAH baitul muslim yang dilimpahi redhaNYA ---> BERSAMALAH menuju syurgaNYA


insyaAllah


:)





Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.


jadi, kita tak akan pernah mampu menentukan siapa jodoh kita, bercinta tanpa batas sama seperti merosakkan cinta yang bakal dipersembahkan pada suami/isteri kita kelak..


:'(


sedih.. sebab mujahadah yang satu ni terasa amat berat.. kerana hati sering rindu.. jiwa sering berlagu sayu..


tapi,
jika kita mampu menjaga diri, insyaAllah di hujung sana, dia yang telah ditetapkan untuk kita juga sedang dalam mujahadahnya menjaga diri..


:)


insyaAllah.


yosh!


~~~


p/s : awak disana, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana DIA permudahkan mujahadah kita.. masih berat, tetapi tidaklah seberat mujahadah orang lain.. terus kuat awak!
insyaAllah andai ada jodoh, kita jumpa lagi =)

StoRy KiTa

awak..
sebelum awak pergi, saya nak awak tau..
saya sayang awak sangat-sangat..
awak kene ingat semua cerita kita tau awak...



awak..
awak ingat tak saat-saat kite mula kenal dulu?
awak pemalu orangnye kan..
saya pemalu tak awak?



awak..
awak ingat lagi tak macam mane kita rapat antara satu sama lain?
nak jumpe tak berani..
encik HS la yang menghubungkan kita..
betul kan awak?



awak..
awak hensem orangnya..
tapi saya tak paham..
kenapa la awak sudi terima saya..
betul ke awak, yang cinta tak mengenal rupa?



awak..
awak jage diri kat sana tau..
saya akan cube hidup berdikari walaupun saya tak boleh hidup tanpa awak..
ingat tu awak..
jarak bukan masalah bagi kita kan?



awak..
saya janji yang saya kat sini akan sentiasa ingat awak..
saya akan belajar sungguh-sungguh untuk masa depan kita..
semoga Allah memberkati hubungan kita..



awak..
saya jugak nak minta maaf sebab selalu buat awak sedih..
saya janji..
awak balik nanti saya tak akan buat awak sedih lagi..
kita happy-happy je k awak..



awak..
sekian saje dari saya..
saya akan setia menunggu awak disini..
semoga Allah menyatukan kita..



sekian~

CoReTaN uNTuK aWaK

awak..
orang kata,cinta tu buta..
betul ke awak?
tapi saya tetap tak kan percaya sampai bila-bila..
cinta tu tak buta tapi kita yang buat-buat buta..
cinta itu anugerah Allah..
kan awak kan?


awak..
orang kata,cinta itu ibarat awan..
kejap mendung kejap cerah..
betul la tu kan awak?
macam kita jugak la..
kejap baik kejap bergaduh..
tapi kan awak..
bergaduh macam mane pun kita..
saya nak awak tau..
tak pernah berkurang sikit pun rasa sayang saya pada awak..
sweet tak awak?


awak..
boleh tak saya nak ibaratkan cinta ni umpama pokok bunga?
kalau kita jaga ia..
kita bagi air dan baja yang cukup..
ia pasti akan cantik dan sihat..
sama je macam cinta kan awak?
kalau kita setia,kita jaga batasan kita sebagai orang Islam..
InsyaAllah cinta kita akan secantik pokok bunga tadi..
saya nak kita macam tu tau awak..


awak..
apa pun yang berlaku antara kita..
jangan sesekali awak salahkan cinta..
ia mungkin silap saya..
saya hanya manusia biasa awak..
saya tak lari dari melakukan kesilapan..
tapi awak kena tahu..
cinta itu memaapkan..
jadi awak kena maapkan saya tau kalau saya ada buat silap pada awak..
pandai tak saya?hehe


awak..
apa pun yang terjadi awak..
saya nak awak tetap ingat pada saya..
walaupun kita tak macam orang lain..
selalu keluar bersama..
tapi saya yakin kita tetap bahagia macam orang lain...
biar jauh dimata tetapi dekat dihati..
saya nak cinta yang diredhai daripada cinta yang dikhianati..


awak..
sekian sahaja coretan dari saya..
mungkin saya tak romantik macam orang lain..
tapi percayalah..
hati saya ni tak pernah pun ada ruang untuk orang lain selain awak..
tunggu saya ye awak..
kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye awak..
ingat pesan saya,jaga diri awak..


bye awak..

::Saya Nak Awak Kuat ::

Awak..
saya tahu..
saat pertemuan kita dulu adalah saat yang paling bahagia..
dalam fikiran saya hanya ada awak je..
awak pun macam tu kan awak?
hanya saya je dalam fikiran awak..




awak..
kalau dulu apa yang kita buat semua manis kan awak?
tapi kan awak..
senyuman awak la yang paling manis..
hingga hari ni saya tak dapat lupakan senyuman awak tu..
kalau boleh saya tak nak lupa sampai bila-bila..




awak..
sekarang kita dah jauh sangatkan awak?
saya sangat terasa kehilangan awak..
tapi awak kuatkan saya..
awak kata yang kita ni hanya jauh di mata tetapi dekat di hati..




awak..
awak lah sumber kekuatan saya awak..
kalau saya ada masalah mesti saya akan cerita kat awak..
awak penasihat yang baik..
awak juga pemberi semangat kepada saya..




hari semakin berlalu..
tapi saya nak awak tahu yang perasaan saya pada awak tak pernah berubah..
kalau makin bertambah tu mungkin ada la awak..
pelik kan awak?
tapi jangan awak guna alasan ni dan nak pergi jauh dari saya..
jangan tau awak...




awak..
orang kata,dalam bercinta memang banyak dugaannya..
awak tahu tu kan awak?
jadi kita hanya perlu sabar..
semua ni kejap je..
sebab tu kita kena kuatkan awak?
saya akan sentiasa ada untuk awak..
itu janji saya...

Wednesday, November 2, 2011

~Dugaaan Bercinta~



awak..
ramai yang kata cinta ni banyak dugaannya..
betul ke awak?





berat tak dugaan tu awak?
macam mane kalau saya tak tahan?



macam mane pulak kalau awak yang tak tahan?
apa yang perlu kita lakukan awak?


sekarang ni, saya lihat ramai yang tak dapat pertahankan cinta mereka..
ramai yang mengalah sebelum berusaha..
ramai yang tak berjuang habis-habisan demi cinta mereka..
macam mane dengan kite nanti kan awak?


awak..
apa-apa pun yang terjadi saya nak awak ingat ni awak..
saya nak awak bahagia..
saya nak awak jage diri awak baik-baik..
mungkin satu mase nanti saya tak kan dapat jage awak lagi..
mungkin satu mase nanti saya akan jauh dari awak..
mungkin satu hari nanti saya akan hilang di ingatan awak..


awak..
kalau boleh saya tak nak cinta kite ni sia-sia awak..
bukan mudah nak binanya..
saya tak nak dengan mudah ia musnah..



awak..
semoga cinta kite diredhai Allah..
semoga kita dapat menempuh segala ujian yang mendatang..
semoga kita bahagia bersama hingga ke syurga..


itu harapan saya awak..
moga ia menjadi kenyataan..
amin~