Friday, May 27, 2011

DIMANA AURAT WANITA SEKARANG

kenapa Islam umatnya menutup aurat ??

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

takut x ??? kalau xtakut 2 ntahh la nak cakap apa lagi ..renung2 kan lah ..








cuba bandingkan gambar di atas ni ?? mana lagi cntk ?? yang berhijab atau x ?? mesti yg berhijab lagi cantikkan ?? tapi kita xsedar .. kebanyaknnya bukak tudung lagi cantik .. hhmm .. xfahm2 .. ish3 ! atin bukannya sempurna, banyak lagi perlu diperbaiki tapi alhmdulillah atin tutup sempurna aurat atin .. :) .. keluarga atin titik berat pasal aurat ni ... dengan didikan mak ayah alhmdulillah atin dapat biasakan diri ...






hikmah menutup aurat ..

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)


2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita,
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam
hatinya (berhati jahat).” (33:32)

3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah
wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.












Renungkanlah...

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Nauzubillah.


No comments:

Post a Comment