Thursday, May 26, 2011

PeNGHuLu SeGaLa HaRi


Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saidina Abu Bakar RA) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Salman Al-Farisi RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Wahai Salman, adakah engkau tahu apakah itu hari Jumaat?”
Lalu saya menjawab, “Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahui.”Baginda menerangkan, “Hari itu ialah hari yang Allah himpunkan manusia, seseorang itu apabila berwudhu' dengan baik, kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, maka ia menjadi kaffarah (penghapus dosa) kepadanya di antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya, iaitu selama dia tidak melakukan dosa besar.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani)

JUMAAT
adalah hari paling mulia serta mempunyai banyak fadhilatnya untuk direnungi. Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadith Riwayat Muslim.)

Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdhal daripada hari Jumaat.”

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mu'min apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
(Hadith Riwayat Tirmizi.)

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapat ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu”
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Barangsiapa yang dapat menunaikan solat Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.



IBADAH SUNNAH HARI JUMAAT

Perjalan ke masjid
Adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah diambil jalan yang dekat.
(Imam Al-Ghazzali.)

Bersedekah
Suatu amalan yang sangat mulia yang mendatangkan pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatahlagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Berselawat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.”

Berpakaian cantik dan bersih
Digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih dan berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah SWT. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Ibnu Masu'd berkata:

“Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.”

Imam Muslim meriwayatkan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa berwudhu' lalu memperelokkan wudhu'nya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.”
(Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesiapa yang berwudhu' pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.”
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Semoga kita sama-sama mengambil barakah dari hari Jumaat ini. Betapa kasihnya Allah terhadap kita memberikan 'sebaik-baik hari' yang punya bermacam keistimewaan untuk hamba-hambaNya beramal. Dont take for granted! Jangan biar jumaat kita berlalu begitu sahaja tanpa berusaha meningkat amal ibadah. Moga Jumaat kita lebih baik dari jumaat-jumaat yang sebelumnya. Insya'Allah~ :)



No one is promised tomorrow,
No one is promised today.

No one will be able to breathe,
if life keeps going on this way.
So we need to live for the outcome of beauty; because beauty is only skin deep
We need to believe in our future,
we need to be able to dream.
So live for the moment,
live on the edge,
live to make life your show.
Because if the safe are still safe,
and the scared remain scared...
Well how will we ever know?

No comments:

Post a Comment