KELEBIHAN TANGAN KIDAL
1) hanya 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia yang kidal
- maknanya sape yang kidal ni, insan insan terpilih yang sukar ditemui jela *bangga.
2) menulis tulisan jawi / arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
-sebab dia start dari kanan ke kiri. tulisan pun tak comot.
-sebab dia start dari kanan ke kiri. tulisan pun tak comot.
3) kamera SLR memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan warga warga kidal. tangan kiri digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat lensa tersebut. so, mereka dapat ubah fokus kamera & kamera jugak dapat disokong dengan mudah.
-nampaknya kena cari kamera ni sebijik la :P
4) individu kidal mengunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
-errr, bijak ke sy ? -.-"
5) bagi bagi kidalians ni, bila time drive kereta mesti senang sebab time nak masukkan gear kan guna tangan kiri :)
KEBURUKAN TANGAN KIDAL
1) susah nak adapt dengan barang barang yang di buat untuk pengguna tangan kanan.
- meja dalam bilik kuliah biasanya diletakkan sebelah kanan dan golongan kidal terpaksa menyesuaikan diri supaya dapat selesa menggunakan meja tersebut.
- gunting pun kena guna tangan kanan je. ade je gunting yang khas untuk kidalians tapi susah nak jumpa. kedai kedai tertentu je yang jual.
2) kena pakai jam sebelah kanan tangan sebab kalau pakai jam sebelah kiri, dia macam mengganggu kita untuk menulis.
-salu pakai jam time sekolah menengah je, nak tengok class addmath dah nak tamat ke belum :P
tiara pun pakai jam sebelah kanan.
3) susah nak main badminton.
-roomate selalu merungut bila main badminton dengan saya sebab guna tangan kiri menyukarkan dia untuk dapatkan bulu tangkis tersebut.
lin dan pun main badminton guna tangan kiri laaa.. ohhh hensemnye !!^^
4) susah nak guna pen yang ink basah & liquid paper
- susahh. memang susahh.kena tunggu dakwat tu kering dulu baru boleh sambung tulis ayat lain. kalau tak, mesti comot punya sebab kita seret tangan kita atas tulisan tu, biasalahh dari kiri ke kanan.
5) orang pandang slack kalau makan dengan sudu mengunakan tangan kiri.
- dah nak buat macam mana kalau dah terbiasa dari azali lagi menggunakan tangan kidal. tapi guna sudu je kidal, bila makan dengan tangan guna tangan kanan sajaaa ..
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
but, it is not easy being lefty. banyak kelemahan daripada keburukan. walau apapun, setiap orang tu ada kelebihan diri masing masing. ! :)
No comments:
Post a Comment